Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Cabaran Cuaca Sejuk Bukan Halangan LAJSM 2017


Acara tahunan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 2017 yang kali pertama diadakan bermula tengah malam semalam nyata memberi cabaran kepada pelari tanah air dan luar negara.

Walaupun cuaca sejuk dan hujan ketika acara bagi kategori 42 dan 21 kilometer (km) ianya tidak mematahkan semangat juang peserta-peserta tersebut.

Bagi kategori lelaki terbuka antarabangsa 42 kilometer, bekas pemenang acara tersebut pada empat tahun lepas, Joshpat Kiptanui Too Chobei dari Kenya muncul kembali merampas gelaran itu dengan catatan masa dua jam 28 minit dan 02 saat.

Dengan catatan masa tersebut,  Joshpat mengenepikan cabaran rakan senegaranya, Elisha Kiprotich Sawe (2:28:14s) dan bekas juara tiga kali berturut-turut,  Julius Kiprotich Seurei (2:32:19s).


Kategori wanita pula, pelari yang juga dari Kenya, Jemimah Wayua Musau muncul juara bagi acara itu selepas merakam catatan masa terbaik dua jam 54 minit dan 50 saat meninggalkan Naumi Jepkosgei  (3:07:53s) selaku naib juara dan ketiga,  Caroline Kigen (3:12:37s).

Sementara itu, kategori lelaki terbuka pula diungguli Nik Fakaruddin Ismail yang menamatkan larian sejauh 42 km dengan masa terpantas 2:41:41s di depan Mohd Nazri Ahmad (2:52:10s) untuk tempat kedua dan Mohd Athir Ismail (2:56:53s) di tempat ketiga.

Wanita terbuka dimenangi oleh Loh Chooi Fern yang pernah meraih tempat ketiga pada 2014 dalam acara 21km setelah menamatkan larian dengan masa 3:28:19s meninggalkan Foo Kam Miew (3:59:39s) ditempat kedua dan Chin Mui Yin (4:13:55s) ketiga.

Juara bagi kategori utama itu menerima hadiah wang tunai RM5,000, naib juara RM3,000 dan ketiga RM2,000.

Dalam pada itu, kategori lelaki terbuka 21 km pula juara menjadi milik Muhaizar Mohamad dengan masa 1:14:46s mengetepikan cabaran Poo Vasanthan Subramaniam (1:15:42s) di tempat kedua dan ketiga menjadi milik Anas Rosli (1:15:54s).

Bagi kategori wanita pula juara menjadi milik bekas atlet Sukma Johor, Sheela Samivellu yang turut melakarkan hatrik kemenangannya dengan catatan masa terpantas 1:13:16s di depan Pavithra Das (1:32:36s) dan Yee Pei Ni (1:37:47s).


Pemenang bagi kategori itu menerima hadiah wang tunai RM3,000, naib juara RM2,000 dan ketiga menerima RM1,000.

Hadiah bagi kesemua kategori tersebut disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada Majlis Penyampaian Hadiah LAJSM di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Dato' Rozi Mamat, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT), Dato' Wan Hisham Wan Salleh.

LAJSM 2017 pada tahun ini mencatatkan kejayaan apabila seramai 50,130 peserta menyertainya termasuk hampir 4,000 daripadanya adalah peserta dari luar Terengganu.

Selain itu, peningkatan sebanyak lima kali ganda bagi kategori ‘Full Marathon’ 42 kilometer iaitu seramai 350 peserta termasuk dari United Kingdom, Great Britain, Perancis, India, Laos, Singapura, Macau, Thailand, Singapura dan Indonesia.

Untuk tahun ini juga, sebanyak 23 kategori telah dipertandingkan dengan jumlah keselurahan hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang berjumlah RM204,000.

No comments: