Bekas ibu pejabat bijih besi dalam daerah Kemaman kini menjadi bangunan yang unik dan dijadikan Mini Muzium Kemaman.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah
berkata, bekas bangunan ibu pejabat bijih besi tersebut dibeli oleh Malayan
Banking ketika dahulu dan ia merupakan satu daya tarikan pelancong yang
terletak di Kapung Dusun Nyoir, Bandar Chukai.
"Malayan Banking membeli bangunan itu yang berjumlah
kira-kira 1 juta pada waktu dahulu dan beliau berhasrat untuk dijadikan muzium
yang menempatkan gambar tokoh-tokoh tersohor di negeri ini," katanya.
Menurut Yusof Abdullah, muzium yang terletak di Kemaman itu
sudah mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai tahun lalu dan majlis
perasmian dijangka dilakukan oleh bekas Menteri Besar dalam masa terdekat.
"Selain itu, muzium berkenaan merancang untuk
mengadakan tiga pameran utama iaitu Khazanah Kampung China, Pameran Inovasi dan
Pameran Haiwan Berbisa Antarabangsa," katanya.
Menurut Yusof Abdullah, penubuhan Muzium Daerah Kemaman yang
menfokuskan kepada individu-individu yang terbilang di negeri Terengganu
dirancang dan dicetuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Muzium Daerah Kemaman
dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
"Memandangkan negeri Terengganu memiliki ramai tokoh
yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di
peringkat antarabangsa namun penubuhan Muzium Jasa Mu Dikenang ini dianggap
perlu bagi mengenang jasa serta memberikan pengiktirafan yang sewajarnya.kepada
mereka yang berkenaan.
"Insan yang mana dirinya ditonjolkan di dalam muzium
ini merupakan antara jutaan rakyat negeri Terengganu yang amat berjaya di dalam
bidang masing-masing sama ada dalam bidang pentadbiran, bidang sukan, bidang
budaya, bidang agama, bidang sastera serta bidang pendidikan,"katanya.
Katanya, diharapkan agar muzium yang mempamerkan tentang
biadota, pengorbanan, jasa serta perjuangan insan yang gemilang ini bakal
memberikan 1001 maklumat yang berguna terutamanya kepada generasi baru.
"Selain itu, agar generasi baru dapat mencontohi,
menjiwai dan seterusnya mencontohi kejayaan tokoh-tokoh ini dalam bidang
masing-masing dalam mengharumkan nama negeri dan juga Negara," katanya,"katanya.
0 komen: