Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

600 Belia Memeriahkan Futsal Piala MAYC Terengganu



Kira-kira 600 belia termasuk peserta memeriahkan Kejohanan Futsal Piala Pengerusi Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu, hari ini.
Pengerusi MAYC Terengganu, Amirullah Othman berkata, program itu berjaya menghimpunkan sebanyak 54 pasukan di seluruh Kelab MAYC Terengganu.
Turut hadir, Pegawai Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, Zamri Awang Hitam dan Ahli Parlimen Belia Malaysia, Tuan Hazirul Tuan Mat.
“Kami menganjurkan program seperti ini adalah untuk menjalinkan hubungan kekeluargaan antara anak-anak muda di negeri ini. Malah, program seperti ini adalah satu kejayaan kelab MAYC dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sihat khususnya pada hari minggu.
“InsyaAllah selepas ini MAYC Terengganu akan menganjurkan lebih banyak lagi aktiviti sukan agar dapat menghimpunkan para belia untuk terus aktif dan menjalani hidup yang sihat,”katanya kepada TeganuKita di Kejohanan Futsal Piala Pengerusi MAYC Terengganu di Hazlan Indoor Soccer, Kuala Terengganu.
Tambahnya, sukan adalah satu aktiviti yang penting dalam menghimpunkan belia.
Amirullah berkata, dengan aktiviti seperti itu, golongan belia tidak akan tersasar jauh dan dapat membantu kerajaan dalam melahirkan dan membentuk masyarakat yang berwibawa.
Dalam kejohanan itu, juara milik pasukan Lorong Che Mat Taukey (LCMT) A membawa pulang RM1,000 dan medal, naib johan pula Ukhuwah Berkat Trading (RM500 dan Medal) dan tempat ketiga, LCMT B (RM300).
Sementara itu, Pengarah Program merangkap Setiausaha MAYC Terengganu, Faizal Harun berkata, program itu mendapat sambutan yang hangat dari belia di seluruh daerah.
“Banyak pasukan lagi yang ingin sertai aktiviti ini, tetapi kami hanya membuka untuk 54 pasukan sahaja kerana memikirkan faktor tempat yang dijalankan itu hanya mempunyai 3 gelanggang, ia tidak cukup untuk menjalankan aktiviti dengan bilangan pasukan yang banyak.
“Walaubagaimanapun, MAYC mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta dan penyokong yang hadir pada hari ini. Kami akan menjalankan lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang kerana telah mendapat sambutan yang mengalakkan dari belia,”katanya.

No comments: