Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

271 Pasangan Kahwin Serentak Catat Dalam MBOR




Kerajaan negeri  melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meneruskan program Perkahwinan Perdana yang dirintis tahun lalu dengan 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Berdasarkan jumlah itu, Dungun mencatatkan bilangan paling ramai iaitu 48 pasangan, diiikuti Kemaman  (42 pasangan),  Marang  (39 pasangan) , Kuala Nerus (36 pasangan), Kuala Terengganu (34 pasangan), Setiu (25 pasangan), Besut ( 24 pasangan ) dan Hulu Terengganu  pula 23 pasangan pengantin.

Program bertujuan  meringankan beban pasangan dan keluarga mereka di samping mempermudahkan urusan melangkah ke fasa baharu kehidupan itu dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR)

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu adalah cadangan daripada rakyat, disampaikan kepada kerajaan negeri  melalui bengkel Belanjawan atau “Lab Bajet.

Katanya,  tahun lalu, seramai 217 pasangan telah diraikan, manakala pada hari ini, YPKT berjaya menambah bilangan pasangan kepada 271 pasangan di seluruh Terengganu.

“Ini adalah sebahagian kecil daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban di kalangan rakyat akibat peningkatan kos sara hidup,”katanya ketika berucap pada majlis itu.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.

Roslee berkata , inisiatif itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang kurang berkemampuan mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos perkahwinan yang semakin meningkat.

“Pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menaikkan peringkat umur pemohon kepada 18 tahun hingga 35 tahun berbanding 30 tahun pada tahun lepas.


"Begitu juga dengan pendapatan pasangan dikurangkan kepada RM3,000 berbanding RM3,500 manakala pendapatan ibu bapa pemohon dikekalkan RM5,000 kebawah,”katanya.

Selain majlis perkahwinan mereka di taja, pasangan juga akan turut menikmati pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuk Pakej Bulan Madu dalam usaha membimbing mereka mencorak keluarga bahagia.

No comments: