Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan menghimpunkan
22 peniaga trak makanan dengan sajian
lebih 100 menu menarik sempena Karnival Jom Heboh Negeri Terengganu di
perkarangan Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Mereka yang terlibat
pada program selama dua hari dan berakhir 30 September itu akan menjual pelbagai menu antaranya, kambing bakar, burger
bakar, minuman berjus dan makanan barat.
Apa yang pasti, konsep dan menu yang disajikan itu tiada di kedai atau restoran
lain.
Aktiviti lain, gerai jualan dan pameran, seminar
keusahawanan penyediaan sijil halal, pembelajaran, motivasi dan perkongsian
ilmu serta pelbagai lagi acara sampingan sepanjang program tersebut.
Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Noorul Husna A Rashid
berkata, pihaknya komited untuk melahirkan lebih ramai
usahawan menjalankan perniagaan menggunakan trak atau Business on Truck
khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.
Katanya, dahulu, jika ingin membuka perniagaan, mereka
memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan sebuah kedai, malah perlu mencari
lokasi sesuai untuk memulakan sesuatu perniagaan.
"Namun, konsep Business on Truck ini, selain tidak
perlu memeningkan kepala memikirkan kos sewa bulanan premis, konsep ini juga
membolehkan perniagaan ini dipromosikan kepada masyarakat di pelbagai tempat
dan kawasan.
“Inisiatif kreatif itu wajar diketengahkan sebagai pilihan
kepada golongan muda yang ingin memulakan perniagaan,”katanya
Menurut Noorul Huda, pihaknya juga mahu menggalakkan orang ramai khususnya
golongan belia menyertai perniagaan seumpama itu sejajar dengan ikutan ramai pada masa kini.
"Konsep perniagaan menggunakan trak kini semakin
mendapat tempat di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia di negeri
ini.
“Ia menjadi trending yang bukan hanya makanan yang
diniagakan, malah beberapa produk lain juga sesuai dengan peredaran masa,”
katanya.
0 komen: