Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

16 Spesies Ikan Utama Bernilai Tinggi Ditemui Di Sungai Besut


Sebanyak 16 spesies ikan utama yang bernilai tinggi dan boleh menjadi sumber mata pencarian kepada nelayan darat ditemui di Sungai Besut.

Pengerusi Jawatankuasa  Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, penemuan hasil kajian inventori spesies ikan bertujuan untuk mengumpul maklumat dan taburan spesies ikan darat di negeri ini.

Katanya, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu yang diberi tanggungjawab menjalankan kajian itu selama tiga hari mulai 10 Julai lalu di Sungai Besut.

Menurutnya, hasil kajian itu turut membuktikan banyak ikan darat termasuk ikan kelah, lampam, baung dan sebarau membiak dengan baik di sungai berkenaan.

Oleh itu, katanya, kerajaan memerlukan penguatkuasaan yang lebih kerap bagi membendung aktiviti menuba secara haram yang boleh menyebabkan spesies hidupan laut berkenaan pupus.


Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata demikian selepas majlis pelepasan benih ikan ke perairan umum di 
Empangan Jajar Gong Duek, Jertih, hari ini.

Pada majlis itu sebanyak 61,000 ekor  benih ikan lampam sungai dan 5,000 ekor benih ikan baung bernilai RM20,000 dilepaskan di perairan berkenaan.

“Benih ikan yang dilepaskan itu diharapa dapat membiak dan bergerak menuju Sungai Besut iaitu sungai utama di daerah ini,” katanya.

Muhammad Pehimi berkata, kerajaan melalui Jabatan Perikanan Negeri Terengganu sudah melepaskan 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama seluruh negeri sejak 2008.

Beliau berkata, ketika ini terdapat 240 nelayan darat yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan dan mereka turut diberikan elaun bulanan RM200 sebulan sebagai bantuan sara hidup.

No comments: