Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

140 Penduduk Miskin Terima Bantuan Sempena Aidiadha


Seramai 140 golongan miskin dari Seberang Takir mendapat sumbangan daging korban, beras dan duit zakat sebanyak RM100 setiap seorang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, semalam.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam ucapannya berkata, pelbagai pihak yang terlibat dalam memberikan sumbangan itu termasuklah agensi kerajaan, badan korporat, kontraktor dan orang persendirian.
Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.
Katanya, program itu berasaskan kepada konsep pihak yang ada kesenangan membantu golongan yang susah.
“Mengikut keadaan ekonomi sekarang, kita telah sedia maklum bahawa untuk menyediakan sesuatu peruntukkan bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh disebabkan itu, kita menggunakan satu transformasi melalui transformasi politik iaitu membuka ruang kepada pihak-pihak yang bersedia ingin membantu golongan yang susah.
“Alhamdulillah, hari ini rezeki kepada keluarga yang telah terpilih untuk menerima sumbangan daripada pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan beberapa pihak lain, semoga sumbangan yang diberi sedikit sebanyak membantu keluarga mereka dalam menyambut hari raya ini,”katanya di Majlis Korban Perdana DUN Seberang Takir.


No comments: