Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Zainab Lahir Bayi Merdeka Ke-60 Yang Pertama Di Terengganu

Roslee bersama bayi merdeka dan keluarga masing-masing di Priba, HSNZ, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra

"Sepatutnya anak ketiga kami lahir dua minggu lagi. Tapi dah tersurat dia menjadi bayi merdeka. Tepat 12.01 malam anak lelaki ketiga saya ini selamat dilahirkan," kata Zainab Yusof, 42, ketika ditemui di Pusat Rawatan Ibu dan Anak (Priba) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.

Zainab dari Batu Tiong, Dungun, mula dimasukkan ke Wad Priba HSNZ sejak 27 Ogos lalu, melahirkan bayi merdeka pertama di Terengganu secara normal seberat 3.6 kilogram (kg) dengan ditemani suaminya, Ahmad Ridhwan Mohd @ Sidek, 42.

Kelahiran bayi itu diraikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud bersama isteri dan petugas di Priba HSNZ.


Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar dan Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus.

Seramai 34 bayi merdeka lahir sehingga jam 11 pagi tadi di seluruh Terengganu dengan Priba merekodkan jumlah tertinggi iaitu 21 orang, diikuti Hospital Kemaman (6), Besut (4) dan Dungun 3 orang.

Daripada jumlah itu, 20 daripada mereka perempuan dan 14 bayi lelaki.

Sementara itu, seorang lagi ibu yang melahirkan bayi merdeka, Fadilah Zahidi, 36, dari Kampung Seberang Baroh, juga teruja dengan kelahiran anak perempuan pertama keluarganya itu.


Fadilah yang berkhidmat sebagai guru Kafa dengan suaminya, Mohd Sofian Jusoh, 35, sudah mempunyai dua anak lelaki berusia 8 dan 5 tahun, melahirkan bayinya lima hari lewat dari tarikh jangkaan sebenar.

"Alhamdulillah, anak saya sihat dan selamat dilahirkan secara normal kira-kira jam 1 pagi tadi selepas mula mengalami kesakitan yang kuat sejak semalam.

"Gembira sangat dan tidak sangka turut diraikan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-60 ini,"katanya.

No comments: