Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

WorldMerdeka #QuranHour Di Hotel Permai Platform Penyatuan Ummah

Guru Kafa dan orang awam antara peserta yang menyertai program WorldMerdeka #QuranHour yang berlangsung di Hotel Permai di sini, tengah hari tadi.
Program sejam bermula jam 12 tengahari dimulai dengan bacaan doa, disusuli dengan bacaan ayat suci al-Quran dan tazkirah oleh imam masjid kerajaan, Che Mohd Fakhrul Rozi Che Ismail.
Pemangku Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman berkata, program murni dan disambut serentak seluruh negara itu merupakan program kali ketiga yang diadakan di hotel itu.
“Permai Hotel amat berbesar hati kerana telah dipilih menjadi salah satu tempat untuk diadakan program #QuranHour.
“Program ini merupakan satu program khidmat masyarakat untuk mendekatkan hubungan antara pihak hotel bersama masyarakat agar dapat bersama-sama memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa al-Quran itu adalah sebagai tali penyatuan ummah,"katanya.
Tambahnya, program itu akan dijadikan sebagai program tahunan di Hotel tersebut.
Menurut Noralizan lagi, hotel itu juga akan sentiasa mencari peluang dalam menjayakan program seperti itu dan berharap agar sambutan daripada masyarakat untuk program yang akan datang sentiasa meningkat berbanding sebelumnya.

No comments: