Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Wanita UMNO Perkasakan JR & JR Plus Hadapi PRU 14



Pergerakan Wanita UMNO Hulu Terengganu akan terus meningkatkan keberkesanan Jalinan Rakyat(JR)dan JR Plus sebagai platform utama sayap itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat berkata, sehubungan dengan itu pihaknya akan meningkatkan pemantapan jentera JR di setiap bahagian selari dengan pengiktirafan wanita sebagai tulang belakang parti UMNO untuk bergerak aktif dengan turun ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.

Menurut Fatimah, adalah mustahak untuk ahli Wanita UMNO memberi kekuatan kepada kepimpinan parti kita supaya pembangkang sama ada dari luar atau di dalam parti tidak mampu melemahkan pemerintahan yang ada sekarang.

"Wanita sentiasa mengadakan program dan aktiviti- aktiviti di setiap cawangan yang mana turut dibantu oleh skuad Sayang di setiap cawangan.

"Di Hulu Terengganu ,kita mempunyai keahlian Jalinan Rakyat(JR)seramai 2,248 orang di mana setiap seorang JR perlu menjaga 30 orang pengundi di setiap lokaliti yang telah ditetapkan,"katanya berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Tegasnya yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri, Wanita UMNO tidak akan sesekali melemahkan kepimpinan negeri sendiri dan akan sentiasa menjadi benteng utama kepada parti.



Mengulas mengenai persiapan Pergerakan Wanita UMNO menghadapi PRU 14, Fatimah berkata, jentera kerja Wanita UMNO berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu semua calon BN.

"Walaupun parti bagus dan berjaya menambat hati rakyat, jika jentera kerja melakukan tugas tidak memuaskan hati, parti sukar untuk mencipta kemenangan.

"Wanita mahu dan inginkan kemenangan 5-0, di kelima-lima Dewan Undangan Negeri termasuk di Parlimen Hulu Terengganu dan berharap semua sayap-sayap UMNO Hulu Terengganu bersatu dan bekerja keras untuk menghadapai PRU 14 akan datang," katanya lagi.

Menurut Fatimah, persiapan jentera kerja amat mustahak dan beliau amat berpuashati dengan gerak kerja Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu.

"Kita telah adakan pelbagai taklimat dan kursus kepada JR untuk melancarkan pergerakan mereka ke peringkat akar umbi sebagai mata telinga parti dalam menjaga kebajikan dan masalah rakyat.

"Pihak kami telah merancang pelbagai program mendekati rakyat, meramaikan penyokong di samping pengundi atas pagar untuk memberikan sokongan kepada BN.

“Apa jua yang berlaku kita kena bersama dengan kepimpinan utama kita yang ada sekarang kerana kita perlu bersama ketua kita di negeri ini,  menjalankan gerak kerja bagi mempertahankan parti kita dalam PRU14 yang merupakan ibu segala pilihan raya nanti," katanya.

No comments: