Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Pusat Sudah Terima Senarai Calon- Ahmad Zahid

Ahmad Zahid bersama kepimpinan Terengganu selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim/ Zulkifli Putra


Semua badan perhubungan UMNO negeri, termasuk Terengganu  telah menghantar senarai nama kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Adul Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata namun, calon itu bukan muktamad kerana kita akan meneruskan kajian dan tinjauan terhadapnya sama ada boleh menang atau tidak.

Katanya, calon yang dipilih semestinya bakal menjadi jenama baik kepada parti untuk menang pilihan raya di peringkat sama ada di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

"Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya . Perdana Menteri juga mempunyai orang yang memantau calon ini daripada semasa ke semasa.

“Tidak semestinya calon yang diterima itu layak untuk bertanding, kita tetap membuat kajian, selidik dan selami dan saya yakin calon yakin dipilih kelak  popular dihati rakyat,”katanya


Menurutnya, kepimpinan tertinggi  perlu ingat berada seseorang itu di atas adalah atas pilihan rakyat, oleh itu kita sewajarnya tidak perlu sombong, berbaiklah dengan mereka , selami hati mereka, apa yang diperlukan sebolehnya dibantu. 

No comments: