Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Perlu Diyakini Juarai Nasib Rakyat



UMNO perlu menggunakan kaedah komunikasi terbaik bagi meyakinkan rakyat bahawa parti itu yang benar-benar menjuarai nasib rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kita tidak boleh terlalu memberi tumpuan kepada fakta dan data untuk menyakinkan rakyat bahawa kita berada di jalan yang benar,  sedangkan pada masa yang sama pembangkang memainkan emosi untuk meyakinkan rakyat bahawa kita di tempat yang salah.

"Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa fakta dan data itu penting, tetapi kebanyakan
 manusia membuat keputusan dan membentuk pemikiran berdasarkan emosi. Otak manusia lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding logik.

"Justeru itu,tidak hairanlah jika emosi marah,emosi benci, emosi menyampah, emosi meluat,emosi putus harapan, khuatir akan masa hadapan dan emosi jelek...jika emosi sebegini dapat dieksploitasi sepenuhnya untuk menyerang UMNO dan Barisan Nasional, maka rakyat mungkin tidak akan mengundi UMNO dan Barisan Nasional," jelasnya.



Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu Dan Pelancaran Jalinan Rakyat(JR)& JR Plus Peringkat Hulu Terengganu di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.

Ahmad Razif berkata,  pada masa yang sama, di saat yang sangat kritikal bagi UMNO, usaha harus dilipatgandakan untuk turut sama menggunakan faktor emosi dalam meyakinkan rakyat bahawa  UMNO benar-benar menjuarai nasib rakyat.

"Bukan emosi kebencian, kemarahan atau rasa jelik dan penyesalan. Tetapi emosi kasih dan
 sayang, emosi gembira dengan apa yang ada,emosi syukur bahawa 'molek doh lening'.

"Emosi yakin akan masa hadapan bersama UMNO dan Barisan Nasional. Emosi suka
kepada yang indah, yang cantik dan yang positif.Emosi dihargai, Emosi kebersamaan dan disinilah wanita yang mempunyai daya pujuk boleh berperanan dengan pendekatan yang menyentuh emosi,"kata Ahmad Razif.

No comments: