Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TPM Tinjau Kemudahan Rawatan Di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir

Ahmad Zahid sempat meninjau kemudahan di Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia di Seberang Takir. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.

Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa mengunjungi Pusat Rehabilitasi 1Malaysia di Seberang Takir sebelum mengakhiri lawatan kerja seharinya di Terengganu, petang ini.

Beliau yang tiba dari Stadium Negeri selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu  meluangkan masa selama 20 minit meninjau kelengkapan peralatan dan kemudahan rawatan yang disediakan di situ.


Ahmad Zahid juga sempat beramah mesra sambil bertanyakan khabar pesakit dan jenis rawatan yang sedang dijalani.

Beliau turut diberi penerangan mengenai rawatan pemulihan yang disediakan oleh Pakar Rehabilitasi di pusat itu, Dr Nor Aida Musa dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato'  Muhammad Pehimi Yusof.

No comments: