Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TPM Lulus RM4.3 Juta, Naiktaraf Masjid Dan Padang Bola



Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan  peruntukan RM4.3 juta untuk kerja-kerja menaik taraf masjid dan padang  bola di negeri ini.

Kelulusan itu melebihi daripada permohonan sebenar kerajaan negeri yang berjumlah RM3.9 juta.

Ahmad Zahid berkata, peruntukan itu akan disalurkan untuk membaiki Masjid Al Ansar 18 RAMD,  Seberang Takir, Kuala Nerus  membabitkan kos RM3.8 juta dan membaik pulih padang bola Tepoh dengan kos RM500,000.

“Saya berbesar hati meluluskan perutukan itu kerana menyedari penduduk memerlukan masjid yang selesa untuk mengadakan pelbagai aktiviti, selain padang bola untuk kegunaan orang ramai terutama  golongan belia,” katanya.

Hadiah itu diumumkan Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO ketika mengadakan lawatan kerja ke Terengganu, kelmarin.

Katanya, buat masa kini, kerajaan masih mampu menampung keperluan rakyat walaupun keadaan ekonomi sedikit  menyukarkan.

“Sekiranya rakyat mahu menikmati keselesaan sedia ada, cukup wajar mengekalkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional.


“Ini kerana minta apa saja, inshaAllah Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak akan meluluskan,”katanya. 

No comments: