Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terima Kasih Muridku - Ustaz Syed Abd Hamid


 "Saya bersyukur kepada Allah SWT dan berasa amat terharu sebaik sahaja menjejaki kaki di Tanah Suci Mekah ini dengan usaha dan hadiah bekas seorang murid saya dahulu," kata Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali.

Ustaz Syed, 58, melahirkan ucapan setinggi terima kasih kepada Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah yang juga Pengerusi Yayasan 1 Ummah Malaysia kerana membiayainya untuk menunaikan ibadat haji melalui yayasan berkenaan dan kouta Pengerusi yayasan itu.

Bekas guru agama dan bahasa Arab beliau semasa di Sekolah Agama Batu Rakit, Wakaf Tengah (kini sekolah Pondok Moden) memberitahu, dia dan isteri tiba di Mekah sejak 12 Ogos lalu dan sudah kira-kira 10 hari berada di Kota Mekah.

"Saya dan isteri sudah lama menunggu giliran untuk menunaikan ibadat haji dan bila mendapat tawaran sebagai hadiah dari bekas murid sempena sambutan hari guru sewaktu Dato' Haji Jailani berkunjung ke rumah saya, ia sangatlah menggembirakan bagi seorang bekas guru," beritahunya kepada penulis yang turut sama menyertai rombongan program haji khas Perdana Menteri.

 Turut sama, Suhaimi Yusof @ Arifin yang juga murid kepada Ustaz Syed semasa di Tingkatan Satu hingga Tiga sekolah agama berkenaan.

Jailani yang juga Pengerusi Program Haji Khas Perdana Menteri sebelum ini berkata, jasa Ustaz Syed sebagai pendidik dan guru agama memang besar dan tidak terbalas, hanya itu yang dapat beliau bantu sebagai hadiah untuk seorang guru yang berjasa  dan berkorban memberi ilmu kepada murid-muridnya hingga berjaya.

Ustaz Syed mendoakan agar anak muridnya itu sentiasa dalam rahmat Allah dan hanya Allah yang dapat membalas jasa baik bekas muridnya itu.

 "Saya doakan semua ahli rombongan khususnya di bawah kelolaan Dato' Haji Jailani sentiasa dalam kesihatan yang baik seterusnya dapat menyempurnakan ibadat haji ini, "katanya dalam suatu catatan ringkas.

Ruslan Abdul Rahman melaporkan dari Kota Suci Mekah

No comments: