Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sedia Pilih Calon Wanita Pada PRU14



UMNO Negeri Terenganu bersedia meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) jika dipersetujui Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Menurutnya, UMNO negeri tiada masalah mengenai calon wanita kerana ada individu yang layak untuk memegang jawatan itu.

"Setakat ini untuk jumlah yang bakal diletakkan sebagai calon..kita belum putuskan tapi kita akan lihat dengan segera dan nilai sebelum buat keputusan," katanya pada kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Besar Akademi Binaan Malaysia, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cadangan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu supaya calon Barisan Nasional (BN) diperuntukkan kepada calon wanita pada PRU14 nanti.

Turut hadir, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat; Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian ,Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Dato' Tengku Putera Tengku Awang.



Menurut Ahmad Razif, Kerajaan UMNO dan BN sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita, malah menetapkan sasaran penglibatan yang tinggi untuk wanita dalam kerjaya termasuk menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dan GLC.

Beliau juga mengakui dari segi keupayaan, sememangnya terdapat golongan itu yang berwibawa dan berkemampuan untuk diketengahkan bagi memastikan kemenangan BN kelak.

"Sebagai contoh, kita sekarang ada tiga Menteri Kabinet wanita, enam orang Timbalan Menteri wanita dan 14 Senator dari kalangan wanita.

"Malah dalam Pilihan Raya Ke-13 yang lepas, peratus pengundi wanita lebih sedikit dari pengundi lelaki iaitu 50.23% dan ini jelas menunjukkan peranan wanita sangatlah besar malah boleh menentukan jatuh bangunnya sebuah kerajaan di Malaysia,"katanya

No comments: