Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Sasar 1,900 Pelajar Peroleh 6A Dalam UPSR




Terengganu menyasarkan 1,900 pelajar atau 10 peratus daripada 19,000 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini.

Menteri Besar, Dato' Seri  Ahmad Razif Abd Rahman, berkata dia yakin sasaran itu dapat dicapai
walaupun dalam UPSR percubaan lalu, hanya kira- kira 750 pelajar daripada keseluruhan calon UPSR memperoleh 6A.

Katanya, kebiasaannya tahun sebelum ini, sasaran untuk mencapai  6A adalah 20 peratus,
disebabkan peningkatan lima  kepada enam mata pelajaran UPSR, sasaran  peratusan dikurangkan kepada 10 peratus.

"Menggunakan format baharu yang dikatakan lebih sukar bukan sahaja bagi murid tetapi juga guru-guru dalam aspek pengajaran, saya yakin pelajar masih mampu  cemerlang.

"Pelbagai program motivasi dan kelas dianjurkan kerajaan negeri melalui sekolah- sekolah, semata- mata mahu melihat peljar berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Motivasi Perdana UPSR 2017 Kuala Nerus, di Kem Pengakap  Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pakar Motivasi, Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Seramai 700 calon UPSR dari sekolah sekitar Kuala Nerus hadir pada program itu.

Ahmad Razif turut memberitahu, sebanyak RM37,000 akan diagihkan kepada 37 sekolah di daerah itu untuk menyediakan menu sarapan pagi kepada calon sepanjang peperiksaan UPSR.

Menurutnya, peruntukan menerusi Parlimen Kuala Nerus berjumlah RM1,000 setiap sekolah akan diagihkan mulai minggu depan.

No comments: