Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Jadikan Ogos Bulan Memperingati Masjid Al-Aqsa






Bulan Ogos bakal dijadikan sebagai bulan memperingati Masjid Al-Aqsa peringkat negeri Terengganu mulai tahun depan.


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemilihan Ogos merupakan simbolik kepada kebakaran yang menimpa masjid di Palestin itu pada bulan sama tahun 1969, hampir 50 tahun lalu.


Katanya, langkah memperingati kejadian menyayat hati itu diyakini dapat membangkitkan semangat rakyat negeri ini untuk bersama-sama berjihad membantu nasib saudara Islam di sana.


"Saya ingin mencadangkan kepada pihak sewajarnya terutama Taman Tamadun Islam (TTI) agar monumen Masjid Al-Aqsa yang terdapat di situ dapat dijadikan asas semangat orang Terengganu," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Malam Puisi Palestin di TTI, Kuala Terengganu malam tadi.


Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwar

dan Imam jemputan Palestin, Imam Ziad M. M. Shehada.



Terdahulu, beliau turut mendeklamasikan puisi bertajuk Jeritan Palestin di samping melancarkan Tabung Bantuan Palestin dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada MyCare.

No comments: