Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Jadi Lokasi Kejohanan Sukan Kuda Lasak, Satu Pengiktirafan Besar


Pemilihan Terengganu sebagai lokasi acara Kejohanan Sukan Kuda Lasak temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 boleh dianggap sebagai  pengiktirafan besar terhadap negeri ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata pemilihan itu bakal melakar lagi cerita kejayaan buat Terengganu di samping kejayaan anak jati Terengganu dalam bidang sukan, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Katanya, apatah lagi Sultan Terengganu sendiri merupakan atlet `endurance’ berkelas dunia dan aktif mempromosikan sukan tersebut di negeri ini.

“Begitu juga dengan jaguh dunia lain, siapa yang tidak kenal juara dunia kita, Mohd Azizulhasni bin Awang atau dikenali ramai sebagai 'The Pocket Rocketman' Azizulhasni, Fatihah Mustaffa, Mohd Adiq Husainie Othman, Anuar Manan dan Mohd Harrif Salleh, semuanya jaguh kelahiran Terengganu dalam sukan Lumba Basikal.

"Dalam temasya Sukan SEA kali ini, saya juga dimaklumkan bahawa seramai 73 atlet anak  jati Terenggani telah terpilih mewakili negara,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Perasmian Kejohanan Kuda Lasak Sukan SEA, Kuala Lumpur 2017 di Stadium Mini, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidn berkenan berangkat merasmikan majlis itu.

Hadir mengiringi baginda, Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah bersama anakanda, Tengku Nadirah Zahara, Tengku Muhammad Muaaz  dan Tengku Fatimatuz Zahara.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Khairy Jamaluddin dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’  Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.

Sementara itu, Rozi berkata beliau berharap dua sasaran emas daripada bagi acara Endurance dapat dicapai oleh atlet negara berdasarkan persediaan rapi yang dilakukan mereka.

"Saya menaruh harapan kepada atlet-atlet endurance Terengganu  yang terbaik setakat ini, Insya-Allah," katanya.


Seramai lima daripada enam atlet acara Endurance merupakan anak jati Terengganu iaitu Muhammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah, Mohd Bulkhari Rozali, Mohd Adhwa Embong dan Muhammad Faris Haikal Mohd Hassan Sa'ari

No comments: