Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Bakal Buka Pavilion Pelancongan Di Bandar Huaxi, China

Menteri Besar bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria mencuba menyediakan masakan tradsional masyarakat peranakaan Cina di Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi. Foto oleh Zulkifli CW Putra

Kerajaan negeri bakal mewujudkan Pavilion Terengganu di bandar Huaxi, daerah terkaya di Wilayah Jiangsu, China dalam usaha menarik lebih ramai pelancong China ke negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembinaan pavilion  sebagai hab pelancongan yang berkonsepkan rumah tradisional Terengganu di kawasan seluas 0.4 hektar itu melibatkan peruntukan kira-kira RM3 juta. 

Katanya, kerajaan negeri sudahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan kerajaan wilayah berkenaan dan proses pembinaan akan berjalan pada bila-bila masa dari sekarang.

"Pembinaan pavilion ini bertujuan memasarkan produk dan tarikan yang ada di Terengganu. Malah, ia juga akan dijadikan hab atau tapak kepada kerajaan negeri untuk mengadakan promosi tarikan serta pelancongan Terengganu di China.

"Kita juga akan mengadakan beberapa lagi usahasama dengan beberapa agensi di negara berkenaan," katanya kepada media selepas merasmikan Festival Peranakan Negeri Terengganu 2017, di Kampung Cina, malam tadi.



Ahmad Razif berkata, menerusi kerjasama antara dua negara itu kerajaan negeri yakin dapat menarik lebih 80,000 pelancong dari China untuk ke Terengganu pada tahun hadapan.


"Pembinaan pavilion berasaskan rumah tradisional Terengganu ini dijangka  mengambil masa  selama enam  hingga 12 bulan. Jika proses pembinaannya boleh berjalan secepat mungkin jadi kerajaan negeri yakin sasaran 80,000 pelancong ke Terengganu akan dapat dicapai," katanya. 



Tambahnya, Terengganu menjadi negeri pertama yang membangunkan pavilion dengan lokasi yang terletak di kawasan yang menempatkan mercu tanda pelancongan terkenal dari seluruh dunia seperti London Bridge.


No comments: