Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Anjur Solat Hajat Merdeka Di Lapan Masjid

Johari

Pemuda UMNO Terengganu akan menganjurkan Solat Hajat Kemerdekaan dan Doa Untuk Palestin di lapan buah masjid terpilih di seluruh negeri menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke- 60 tahun, malam esok (30 Ogos).

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, program itu akan diadakan selepas solat Isyak bagi memohon keamanan dan kemakmuran supaya Malaysia terus subur serta kedaulatan Islam terus dipelihara oleh semua masyarakat.

Katanya, program itu dirancang bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di seluruh Terengganu.

Lapan masjid berkenaan adalah Masjid Ulul Albab, Jertih, Besut; Masjid Kg. Apal, Jabi, Setiu; Masjid Kg Bukit Tunggal, Kuala Nerus; Masjid Kg. Durian Burung, Kuala Terengganu; Masjid Kg. Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu; Masjid Kg. Merchang, Marang; Masjid Al Azim, Felda Kerteh 3, Dungun dan Masjid Kg. Payoh, Kijal, Kemaman.

"Pada program sama, kita turut memanjatkan doa keamanan untuk rakyat Paletin yang mempertahankan tanah air mereka dan Masjid Al-Aqsa, bangsa Rohingya yang berada Myanmar mahupun yang menjadi pelarian serta keselamatan untuk seluruh dunia Islam,"katanya dalam saru kenyataan kepada media, hari ini.

Dalam pada itu, Johari berharap agar masyarakat sekitar turut serta sekali gus dapat melahirkan rasa cinta kepada negara.

Tambahnya, aktiviti dan amalan itu merupakan sebahagian tuntutan dalam Islam iaitu cinta kepada negara.

No comments: