Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tengku Muhammad Ismail Ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah

Tengku Muhammad Ismail berkenan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada salah seorang jemaah yang bakal mengerjakan haji. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah Haji Tahun 1436H/2017M di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus, hari ini.

Turut berangkat kekanda Tengku Nadhirah Zahrah serta adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz' Zahra.

Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Pada majlis tersebut, Tengku Muhammad Ismail turut berkenan bersalaman  dan mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji.

Seramai 287 jemaah terlibat dalam penerbangan kedua yang berlepas ke Makkah pada 3.30 pagi tadi.

No comments: