Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TDM Berhad Tubuh Akademi TDM

Ahmad Razif  hadir pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Kompleks Kilang TDM, Pelong Setiu, kelmarin. Tg Syamim Tg Ismail.

Penubuhan Akademi TDM, di Pelong, Setiu  antara komitmen  TDM Berhad bagi  menyediakan pusat latihan untuk penduduk setempat,  kakitagan syarikat perladangan dan pekebun kecil di pantai timur.

Akademi itu merupakan rentetan proses penjenamaan semula dalam era transformasi syarikat di bawah pentadbiran baharu yang diterajui Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato’ Mohamat Muda.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serentak dengan perasmian Pusat Timbang Komuniti bagi memudahkan pekebun kecil di kwasan setempat memasarkan hasil mereka.

Bagi membantu mengukuhkan peranan dan perjalanan akademi, TDM turut mementerai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Kompleks Kilang TDM, Pelong Setiu, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Dato’  Sabri Mohd Nor; Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Ahmad Zubaidi A. Latif; Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’  Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd Rashid dan Pengarah Eksekutif, International Institute of Plantation Management (IIPM),Halid Hasbullah Boestaman.

Ahmad Razif dalam ucapannya mengalu-alukan kewujudan Akademi TDM yang dapat dijadikan salah satu saluran terbaik kerajaan dalam memperkasa modal insan bagi menyediakan tenaga mahir untuk keperluan banyak entiti swasta di negeri ini.

“Latihan dan seminar di Akademi TDM melibatkan penekanan ke arah mewujudkan warga kerja berintegriti kerana intergriti adalah satu sikap yang harus menjadi budaya sebagaimana yang termaktub dalam Prinsip Tranasformasi Terengganu Baharu (TTB); Integriti, Bersih Dalaman dan Luaran.

“Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada TDM kerana memperoleh Standard Emas dalam pengurusan ladang dan kilang yang lestari sejak tahun 2014 lagi,”ujarnya.


No comments: