Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TDM Berhad Sasar Capai Pasaran RM2 Bilion

Mohamat (dua kanan) bersama Ahmad Razif  melihat model Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti pada Majlis Perasmian Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail

TDM Berhad menyasarkan mampu mencapai permodalan pasaran RM2 bilion dengan pengagihan dividen tahunan RM100 juta dan keuntungan sebelum cukai RM200 juta apabila menjelang 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad,  Mohamat Muda, berkata
Model Transformasi TDM Baharu yang sudah dibukukan mempunyai 36 Entry Point Projects (EPP).

Katanya, apa yang sudah dicapai adalah bagi EPP 28 dan EPP 31.

"EPP 28 adalah penubuhan Akademi TDM manakala EPP 31 adalah perlaksanaan Pusat Timbang Komuniti.

"Kini daripada 36 Entry Point Projects (EPP), bahagian perladangan mempungai 24 EPP dan 57 projek," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini.

Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan  ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.

Ahmad Razif berkata, suku pertama 1 EPP dan 11 projek telah dicapai manakala suku ketiga 1 EPP dan 13 projek telah tercapai bagi bahagian plantation.

"Manakala bahagian kesihatan pula terdapat 12 EPP dan 20 projek. Suku pertama 1 EPP 11 projek telah dicapai, suku ketiga 1 EPP dan 13 projek mampu dicapai dalam bidang sama," katanya.

Semua projek progres mengikut jadual bagi memastikan kesemua EPP menjadi kenyataan.

No comments: