Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TATiUC, Universiti Mie, Jepun Jalin Kerjasama Strategik


Bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, Kolej Universiti Tati (TATiUC) menjalinkan hubungan dan kerjasama strategik dengan Universiti Mie, Jepun.
Rektornya, Profesor Dr Madya Zamri Ibrahim berkata, seramai 27 orang pelajar dari Mie University, Jepun yang terdiri daripada pelajar Jepun dan Republik China serta 17 kakitangan TATiUC akan bersama mempelajari bahasa Inggeris di TATiUC.
“Antara objektif program ini adalah untuk memantapkan kemahiran pelajar cara untuk komunikasi dan berinteraksi dalam bahasa Inggeris.
"Di samping memberi pendedahan kepada pelajar luar negara tentang budaya Melayu dan Negeri Terengganu serta berpeluang melawat tempat-tempat menarik di negeri ini," katanya.
Zamri berkata, beliau berharap dengan cara membawa pelajar luar ke tempat yang unik, ia dapat menarik lebih ramai pelajar asing untuk melawat sambil belajar di Negeri Terengganu.

"Oleh itu, saya juga berharap program sebegini dapat mempromosikan keunikan alam sekitar Terengganu," katanya kepada pemberita di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Kali Ketiga di Dewan Ibnu Sinar TATiUC, Kemaman, hari ini.
Turut hadir, Pensyarah Mie Universiti, Profesor Dr Masataka Kubo.
Katanya, program Bahasa Inggeris ini merupakan julung kali diadakan hasil kerjasama antara Mie Universiti dan Unit Pengantarabangsaan TATiUC dengan kerjasama pensyarah Bahasa Inggeris di TAtiUC. 
"Harapan saya adalah jalinan kerjasama universiti luar negara akan diteruskan pada masa akan datang dan lebih banyak aktiviti pertukaran serta penyelidik bagi menyahut seruan Kementerian Pendidikan dalam menjadikan Malaysia sebagai ‘International Education Hub’," katanya.

No comments: