Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Syarikat Alam Dingin Guna Kepakaran Tempatan


Ahmad Razif meninjau keadaan kilang milik Syarikat Alam Dingin Air Conditining Engineering Sdn Bhd.

Perkembangan dan pembangunan alaf baru syarikat Alam Dingin yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman bermula selepas 2010 dengan menyediakan dan melaksanankan perkhidmatan Kejuruteraan, Pembekalan, Pembuatan dan Pemasangan sepenuhnya.

Pengarah Urusan syarikat itu, Mohd Azan Sulaiman berkata, penglibatan guna tenaga kepakaran tempatan dan kesemua 100 peratus pekerja mereka adalah dari kalangan Bumiputera dan mahir dalam pelbagai peringkat kemahiran dan pengetahuan.

"Sehingga kini syarikat Alam Dingin mempunyai lebih kurang 150 orang kakitangan pekerja tetap dan lebih kurang 105 orang pekerja kontrak dan sementara," katanya pada Majlis perasmian kilang syarikat itu, semalam.

Seramai 1,000 orang terdiri daripada kakitangan Alam Dingin hadir ke Majlis Perasmian Pembukaan dan Operasi Kilang Syarikat Alam Dingin Air Conditining Engineering Sdn Bhd.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Penggunaan Negeri, Nawi Mohamad, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Cukai ( ADUN ), Dato' Mohamed Awang Tera dan Pengurusi Syarikat ADAE Sdn Bhd,  Ishak Sulaiman.

Perasmian kilang syarikat berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut lebih 75 peratus pekerja kami adalah dari selurug Terengganu.

"Syarikat Alam Dingin dibina sejak 2008 dan dipindahkan pejabat urusan dan operasi kami di Kemaman dari Jakar ke kawasan Perindustrian MIEL ,Teluk Kalung," katanya.

Menurut Azan, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan  Terengganu melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (Upen)dan Pejabat Daerah Kemaman kerana menyediakan tanah tapak kilang baru untuk meluaskan operasi mereka.

"Tidak lupa juga kami ucapkan kepada ECER dan TERAJU yang membantu kami mendapatkan geran pembinaan kikanh kami.


"Terima kasih juga kepada CKJ Engineering & Service  Sdn Bhd atas kejayaan membangunkan membina  kilang syarikat Alam Dingin ini," katanya.

No comments: