Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sukan SEA : Walaupun Latihan Bersama Singkat, Skuad Ekuestrian Cipta Kejutan - Che Mat


Pengurus Pasukan Kuda Lasak Malaysia Che Mat Din Ismail menyifatkan strategi yang diatur berjaya dituruti anak didiknya sehingga membuahkan hasil apabila membolot dua emas dan satu perak, di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, Lembah Bidong, semalam.

Menurut Che Mat, detik kemenangan skuad ekuestrian itu adalah rekod pencapaian terbaik negara dalam temasya Sukan SEA apabila meleburkan rekod lama bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu berkumpulan dan individu yang sebelum ini turut diungguli negara.

Beliau berkata rekod baharu itu dicipta oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang menunggang kuda RTES Annaversary (kategori individu) menerusi catatan masa 3 jam 48 minit 36 saat mengatasi rekod dipegang pada Sukan SEA Myanmar oleh Sulaiman Muda yang mencatat 6 jam 26 minit 04 saat.

Pasukan Malaysia juga memperbaharui rekod catatan masa bagi kategori berpasukan iaitu 11 jam 31 minit 30 saat berbanding 21 jam 23 minit dan 39 saat.

Mempertaruhkan 'JQ Tuan Junior', Mohd Bulkari Rozali yang memakai jersi 112 meraih pingat perak bagi kategori individu dengan catatan masa 3 jam 48 minit 40 saat, manakala gangsa menjadi milik Warit Khuntaraporn dari Thailand yang menunggang Shardell Prince Ali pula sekadar gangsa (4 jam 16 minit 05 saat).

Sementara itu, Thailand memenangi pingat perak bagi acara berpasukan dan pasukan Kemboja pula memungut gangsa.

Bercerita lanjut cabaran sepanjang persaingan, Che Mat menjelaskan setiap penunggang akan memeriksa fizikal kuda setiap tiga pusingan (loop) iaitu pada jarak 35 km, 25 km dan 20 km bagi memastikan haiwan masing-masing di tahap terbaik sebelum menamatkan saingan sejauh 80km.

“Skuad negara berlepas pada jam 3 pagi dan strategi berubah selepas 10km apabila mendapati pasukan Thailand beraksi secara perlahan pada permulaan.

"Oleh itu, kita telah memulakan rentak untuk mendahului dengan enam penunggang kita saling memecut dan berjaya menamatkan pusingan pertama dengan kelajuan 20km/jam.

 “Saya telah maklumkan kepada penunggang skuad agar mengekalkan kelajuan kerana kita sudah jauh mendahului untuk menamatkan pusingan akhir dan mahukan kuda tunggangan sentiasa dalam keadaan baik," katanya yang turut menjelaskan tempoh pemulihan untuk kuda di setiap pusingan kurang daripada lima minit.

Pada 10km yang terakhir, katanya setiap penunggang berjaya mengawal situasi, lebih bersahaja dan tenang sebelum berjaya melepasi pusingan terakhir dengan kelajuan 22km/j serta memastikan kuda dalam keadaan kekal cergas.

Menurutnya, kejayaan itu juga rekod dan pencapaian yang terbaik di TIEP kerana purata kelajuan setiap penunggang adalah 20.9km/j bagi jarak 80km.

Apa yang menarik, Che Mat memberitahu, kerasian penunggang bersama kuda masing-masing sangat membantu kemenangan itu, walaupun kurang tiga minggu menjalani latihan bersama.

"Saya berasa amat berbangga kerana skuad baru berkumpul pada 15 Julai lalu untuk membuat latihan bersama dan saya dapat melihat semua penunggang kita serasi antara satu sama lain termasuk Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,''katanya.

Jelas Che Mat lagi, Sultan Mizan juga dipilih untuk mewakili negara dengan merit setelah berjaya mengumpul mata peringkat antarabangsa dan menduduki tangga ke empat di antara pelumba yang mewakili Malaysia. 

Dalam pada itu, temasya acara berkuda negara akan diteruskan  dengan kejohanan Piala Sultan Mizan pada Oktober nanti di TIEP yang melibatkan laluan sepanjang 120km. 

No comments: