Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sukan SEA : Sultanah Terengganu Kalungkan Emas Buat Tuanku Mizan

Sultan Terengganu berjaya meraih emas dan mencipta rekod baru Sukan SEA. Tengku Syamim Tengku Ismail

Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara kuda lasak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu, di Lembah Bidong, Setiu, petang ini.

Lebih magis, apabila baginda yang diiringi Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengalungkan pingat emas buat Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang unggul menjuarai acara individu kuda lasak itu.


Sultan Mizan yang menguji kuda ‘ Rtes Annaversary’ bukan sahaja berjaya meraih emas tetapi juga mencipta rekod baru Sukan SEA kali ini.

Baginda mengenakan jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3.00 pagi tadi berjaya membenam rekod apabila menamatkan persaingan tiga jam lebih awal.

Sultan Mizan yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit dan 38 saat, meleburkan rekod atlet Malaysia yang meraih emas Sukan SEA 2013 Myanmar, Mohd Sulaiman Muda dengan catatan masa enam jam 26 minit.

Seorang lagi atlet ekuestrian negara, Mohd Bulkhari Rozali meraih pingat perak dengan catatan masa 03:48:40 diikuti gangsa, Warit Khuntaraporn dari Thailand (04:16:05).


Emas kedua pula disumbang dalam acara berkumpulan menerusi trio negara Mohammad Fuad Hashim, Azizatul Asma Abdullah dan Mohd Adhwa Embong yang menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 11 jam 31 minit dan 30 saat.

Malaysia mendahului 4 jam 37 minit dan 52 saat di hadapan meninggalkan pasukan Thailand yang membawa pulang pingat perak menerusi Wipawan Pawitayalarp, Kitikorn Nongbeung dan Kanapos Taytaisong.

Sementara pingat gangsa menjadi milik Kemboja dengan catatan masa 16 jam 38 minit 39 saat oleh trio Sovanchandara LY, Sopheaktra Lon dan Visal Phay.




No comments: