Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SME Corp, Patut Cantum 4,809 Penutup Botol Jadi Logo Negaraku


Muhammad (depan paling kiri) bersama Dr Hafsah (empat dari kanan) bergambar di depan logo Negaraku. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) berjaya menghasilkan logo Negaraku daripada cantuman 4,809 biji penutup botol terpakai sebagai usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-60, tidak lama lagi.
Inisiatif julung kali SME Corp Malaysia dengan kerjasama Patut digembleng sejak dua minggu lalu , juga bertujuan menyemai semangat patriotik di kalangan belia.


Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Dato' Dr. Hafsah Hashim berkata, semangat patriotik harus dipupuk secara berpanjangan terutama golongan belia agar Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cintakan negara.
“Semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan secara berterusan di kalangan masyarakat kita,”katanya.
Beliau berkata demikian sempena pelancaran Gimik Negaraku Sempena Bulan Kemerdekaan di SME Corp, Wisma UMNO Kuala Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim.


Sementara itu, Presiden Patut, Amir Hakimin Che Razali berkata seramai 145 ahli Patut bertungkus lumus mengumpul penutup botol terpakai sekitar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sejak dua minggu lalu.
Katanya, logo bendera Malaysia yang diperbuat dengan penutup botol terpakai itu akan tetap utuh di bangunan SME Corp dalam jangka masa yang lama, bukan semata-mata untuk bulan kemerdekaan sahaja.
“Patut juga akan mengagihkan 1,000 Jalur Gemilang kepada semua usahawan-usahawan muda di Terengganu untuk dikibarkan di premis-premis perniagaan masing-masing bagi menyambut bulan kemerdekaan ini.
“Saya berharap para usahawan khususnya golongan generasi Y untuk terus memiliki semangat patriotik yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri, perniagaan dan Negara agar dapat mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain,”katanya.

No comments: