Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Taman Barangan Terpakai Terpanjang Bakal Dipamer Sempena Hari Koperasi Negara


Taman barangan terpakai terpanjang di Malaysia antara program menarik yang akan dipamerkan pada Hari Koperasi Negara 2017 di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu bermula 10 hingga 12 Ogos ini.

Aktiviti yang diusahakan dengan kerjasama  28 koperasi  di Terengganu dan  SW Corp Malaysia (SW Corp)  itu akan  menampilkan taman sepanjang 150 meter yang dibina menggunakan pelbagai barangan terbuang termasuk botol minuman, akhbar lama, tayar, tin kosong dan  bekas makanan.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Mohd Ruslan Awang, berkata tema dan bentuk persembahan taman  bergantung kepada kreativiti setiap koperasi.

Katanya, penyertaan mereka akan diadili sehari sebelum Hari Koperasi Negeri bermula, iaitu 9 Ogos kemudianya akan dipamerkan sepanjang tiga hari program berlangsung.

“Apa yang dirancang ini bagi mendidik masyarakat menghargai barangan terbuang dan mengelak pembaziran.

“Masyarakat boleh mengambil contoh dengan melakukan sendiri di halaman rumah masing-masing,”katanya kepada Teganukita.

Menurutnya, SKM menyasarkan kira-kira 10,000 pengunjung akan hadir pada program yang turut diselitkan pelbagai program menarik lain, antaranya pertunjukan cating batik, persembahan kebudayaan, mencari harta karun dan bicara tokoh koperasi.

“Ini merupakan kali kedua Hari Koperasi peringkat negeri diadakan yang bertujuan mendedahkan kepada orang awam berhubung peranan sebenar SKM iaitu untuk memastikan setiap koperasi yang ditubuhkan dapat dibangunkan dengan sempurna bagi meningkatkan ekonomi,”katanya.


No comments: