Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN : Terengganu Lulus Bajet Tambahan RM100 Juta

Menteri Besar ketika berucap menggulung usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2017 pada mesyuarat kedua penggal kelima persidangan DUN Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini meluluskan bajet tambahan sebanyak RM100 juta untuk perbelanjaan bekalan tambahan Bajet 2017 bagi memastikan kelancaran pembangunan serta pentadbiran negeri.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata tambahan peruntukan itu diluluskan daripada Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan Rancangan Kemajuan Negeri bagi tahun ini.
ADUN Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang turut mengambil tempat dan menunjukkan berita muka hadapan akhbar rasmi kerajaan Suara Transformasi berhubung kemudahan perumahan kepada rakyat pada sesi penggulungan usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2017 pada mesyuarat kedua penggal kelima persidangan DUN Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini.
"Kerajaan negeri memerlukan peruntukan tambahan ini bagi tujuan meneruskan pelbagai projek kebajikan yang memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai perancangan pembangunan negeri, " katanya ketika berucap menggulung usul Enakmen Perbekalan Tambahan 2017 pada mesyuarat kedua penggal kelima persidangan DUN Ke-13 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri memperuntukkan perbelanjaan tambahan itu merangkumi 10 projek termasuk pembangunan pelancongan Tasik Kenyir; Pembangunan Kawasan Bebas Cukai Tasik Kenyir; Laluan Berkembar Fasa II  di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri; Rumah Mampu Milik (RMM) Seri Bandi, Kemaman dan juga pembinaan istana baharu di Bukit Chendering, Kuala Terengganu.

Selain itu, peruntukan juga diperlukan bagi Program Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Kampung dan Masyarakat; projek menaik taraf Kompleks Sukan Daerah-Daerah; pembangunan saliran Negeri Terengganu; sistem saliran Sungai Buaya dan Sungai Seluang, Marang dan pembangunan projek kecil seluruh DUN.




Pada November lalu, Menteri Besar membentangkan bajet defisit sebanyak 10 peratus pada pembentangan Bajet 2017 dengan perbelanjaan dianggarkan berjumlah RM1.867 bilion berbanding anggaran hasil yang bakal diperoleh RM1.697 bilion.

No comments: