Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN: Tambahan Peruntukan RM32 Juta, Mampu Bina 800 Rumah PPRT


Sebanyak RM32 juta peruntukan tambahan dibawah Program Pembasmian Kemiskinan, Pembangunan Kampung dan Masyarakat bakal memberi manfaat kepada 800 keluarga miskin untuk membina rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, jumlah tersebut berdasarkan kepada harga  RM40,000 seunit PPRT yang berkeluasan 680 hingga 700 kaki persegi.

Katanya, kadar purata pembinaannya pula dianggarkan  20 hingga 25 unit rumah di setiap DUN termasuk di kawasan pembangkang.

“Manakala sebanyak 2,900 rumah dapat dibaiki di seluruh Terengganu dengan nilaian RM10,000 hingga RM11,000 setiap unit.

“Selain kerajaan negeri, kita mendapati beberapa agensi lain turut menghulurkan bantuan rumah secara percuma kepada rakyat seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan agensi-agensi kerajaan persekutuan lain termasuk  Risda, GiatMara dan beberapa anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan berhubung tambahan peruntukan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Iskandar berkata, sekiranya diselaraskan,  sebahagian daripada masalah perumahan terutamanya kepada golongan yang tidak mampu membina kediaman sendiri akan dapat kita atasi setiap tahun.


“Dalam tempoh satu penggal pemerintahan empat hingga lima tahun, kita mampu menyediakan 100 buah rumah dengan purata dua hingga tiga buah rumah di setiap kampung,” katanya.

No comments: