Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN : Pelancong Ke Kincir Angin Pulau Perhentian Dinasihat Guna Laluan Selamat

Tengku Zaihan

Pelancong serta pengusaha bot yang mahu mengunjungi kawasan kincir angin di Pulau Perhentian dinasihatkan supaya tidak menggunakan jeti di Teluk Kurma, sebaliknya perlu menggunakan laluan Pantai Pasir Panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, beberapa struktur kayu di jeti Teluk Kurma yang mengalami kerosakan dan reput itu merupakan kawasan larangan kepada orang awam.

“Kawasan jeti tersebut telah dibina oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk kemudahan kepada staf Tenaga Nasional Berhad (TNB) melakukan kerja-kerja selenggara kincir angin itu.

“Walaupun telah ada laluan yang lebih selamat untuk pelancong ke kawasan kincir angin tersebut namun terdapat segelintir pengusaha bot bertindak membawa mereka ke kawasan jeti yang merbahaya itu,” katanya kepada Teganukita, hari ini.

Beliau ditemui selepas sesi perbahasan mesyuarat kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke 13 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Tengku Zaihan mengulas demikian susulan tular di media sosial berkaitan risiko keselamatan  pengunjung yang melawat kincir angin Pulau Perhatian berikutan kerosakan jeti di Teluk Kurma berkenaan.

Tambahnya lagi, papan tanda larangan sudah didirikan di kawasan jeti tersebut bagi menghalang pengunjung daripada menggunakannya.

“Namun demikian, papan tanda yang diletakkan oleh pihak JKR sebelum ini telah hilang akibat vandalisme, menyebabkan pengunjung tidak tahu kawasan tersebut merupakan kawasan larangan.

“Jadi, selepas ini papan tanda baru akan disediakan bagi mengelakkan orang awam untuk melalui kawasan tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi,” katanya.

No comments: