Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Senarai Calon BN Terengganu Pada PRU-14 Diserah Kepada PM


Senarai semua calon yang berpotensi dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dan UMNO negeri ini yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan parti, kata Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Bagaimanapun, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu, keputusan akhir senarai calon tetap akan diputuskan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN.

"Kita telah menyenarai pendek dan merujuk calon-calon yang terpilih daripada bahagian masing-masing sebelum nama mereka diberikan kepada pucuk pimpinan parti,"ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, petang tadi.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus Dato' Basir Ismail serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus, Khairuddin Abd Majid.

Ahmad Razif menjelaskan bahawa terdapat beberapa muka baru dan calon wanita telah disenaraikan.

Beliau bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai jumlah dan peratusan muka baru dan calon wanita yang dicalonkan itu.

"Peratusan muka baharu atau sama ada berapa calon daripada kalangan wanita (yang akan disenaraikan sebagai calon) hanya akan dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan parti kelak," katanya.


No comments: