Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sate Jabi Bakal Setanding Sate Kajang

Ahmad Razif membakar sate sebelum menikmati hidangan itu di Kedai Sate Kak Mah Jabi sempena Majlis Santai Sepetang Bersama YAB MB Di DUN Jabi, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail
Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Pekan Jabi, hab sate di Terengganu mampu dikenali di seluruh Malaysia setanding sate Kajang,  bermula tahun depan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan khusus akan disediakan bagi mengembangkan perusahaan itu termasuk membangunkan prasarana serta infrastruktur baharu yang lebih lengkap.

“Kita berhasrat supaya Jabi ini akan dikenali sebagai hab sate Terengganu pada tahun depan.

“Sehubungan itu, kita akan menyediakan bajet khusus bagi membangunkan fasiliti dan infrastruktur  serta memastikan lebih ramai penduduk di Jabi ini menjalankan perniagaan ini dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan,”katanya.


Beliau berkata demikian di Majlis Santai Sepetang Bersama YAB Menteri Besar Di DUN Jabi, di Kedai Sate Kak Mah, Jabi, semalam.

Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan ADUN Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor.

Hadir sama, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.

Ahmad Razif  sempat menikmati keenakan sate ayam, daging dan kambing serta pelbagai menu lain termasuk arnab panggang, tapai dan bubur kacang bersama kira-kira 250 masyarakat sekitar yang turut hadir di majlis itu.

Selepas menikmati hidangan petang itu, beliau bersama Iskandar dan pemimpin setempat yang lain kemudiannya menziarahi tiga orang veteran UMNO Jabi termasuk bekas wakil rakyat DUN berkenaan.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Menteri Besar turut meluluskan peruntukan tambahan RM150,000 bagi menambah baik Masjid Jabi dengan menjadikan kos keseluruhan penambahbaikan itu RM300,000.


“Saya sangkakan pelawaan YB Iskandar kepada saya dan isteri hanya makan sate Jabi, sebaliknya pula berlaku apabila dia minta saya tambah bajet untuk baiki Masjid Jabi. Tapi tidak mengapalah, beliau minta bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya untuk manfaat penduduk setempat juga. Jadi saya luluskan tambahan bajet RM150,000 itu pada hari ini,”kata beliau lagi sambil berseloroh.

No comments: