Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sambutan Kemerdekaan Ke-60 Di Tanah Suci


Sambutan hari kemerdekaan tetap diraikan jemaah haji Malaysia di Kota Suci Mekah sebagai tanda kecintaan kepada negara.      
                 
Semalam (29 Ogos),  berlangsungnya majlis di sebuah hotel penginapan jemaah haji yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman.   
                  
Dalam ucapan ringkas beliau, Dato’ Ibrahim berharap semangat cintakan tanah air tetap subur di kalangan rakyat negara Malaysia di mana pun mereka berada, sebagaimana dibukti di majlis yang dihadiri ramai jemaah haji.         
              
Beliau memuji langkah yang diambil oleh jemaah haji Program Khas Perdana Menteri yang mengadakan program ini bersama dengan solat hajat dan doa selamat.

Program Khas Haji Perdana Menteri diselaraskan oleh Dato’ Jailani Ngah selaku Pengerusi yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri.      


               
 Ia membabitkan 1,200 jemaah haji dari seluruh Malaysia pada tahun ini.    
                   
"Dalam tempoh 60 tahun negara kita merdeka, banyak kejayaan telah dicapai termasuk kecmerlamgan TH menguruskan jemaah haji setiap tahun yang diperakui di peringkat dunia,"  kata Dato' Ibrahim lagi.
                  
Pada sebelah malamnya, satu lagi sambutan merdeka dan solat hajat serta doa selamat diadakan di sebuah hotel (maktab) penginapan yang lain di Kota Mekah. 
                      

Sambutan diadakan lebih awal kerana hari ini (30 Ogos ) jemaah akan berangkat ke Arafah untuk berwukuf dan seterusnya ibadat melontar di Mina.        


Ruslan Abdul Rahman melaporkan dari Tanah Suci Kota Mekah                

No comments: