Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM25 Ribu Baik Pulih Rumah Mangsa Kebakaran Di Mengabang Tengah


Sebuah keluarga hilang tempat tinggal apabila 80 peratus rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, petang semalam.
Kebakaran dikatakan berpunca dari api lilin yang dipasang oleh anak mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ketika kawasan tersebut terputus bekalan elektrik.
Susulan tragedi itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi meninjau tempat kejadian bagi bertemu mangsa kebakaran itu, pagi tadi.
Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN Ladang, berkata UMNO Bahagian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Tabung Darul Iman akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25,000 kepada mangsa untuk membaik pulih rumah tersebut.
“Selain itu, ada juga beberapa bantuan lain yang akan diberi kepada keluarga Razali untuk meringankan beban mereka,”katanya.
Hadir sama, Penyelaras DUN Batu Buruk, Zamri Awang Hitam.

Mangsa, Razali Abdullah,65, dan isterinya Radziah Yusof,59, berkata ketika kejadian berlaku, mereka berada di kedai runcit di hadapan rumah berkenaan.
“Hanya anak saya yang OKU itu sahaja duduk di dalam rumah ketika itu, apabila dia melihat api mulai marak, dia keluar datang kepada kami di kedai, tetapi tidak memberitahu apa yang sedang berlaku di rumah.
“Saya hanya menyedarinya apabila melihat kepulan asap yang keluar melalui tingkap rumah dan ketika itu saya hendak menunaikan solat Maghrib di kedai. Jiran-jiran banyak membantu kami sebelum pihak bomba tiba.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada UMNO, JKM, dan pihak yang terlibat dalam membantu meringankan beban kami. Saya berharap agar sumbangan dapat diberikan secepat mungkin agar saya sekeluarga dapat menetap di rumah itu kembali,”katanya yang sekarang ini tinggal bersama anaknya di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.

No comments: