Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Projek Tenaga Solar Di Teluk Kalong Dijangka Tarik Pelaburan RM262 Juta




Kerajaan negeri melalui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyasarkan mampu menarik pelaburan sehingga RM262 juta hasil projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman.

Jumlah itu hasil penjanjian bagi  tempoh tiga fasa atau 21 tahun bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Fasa pertama iaitu setahun hingga lima tahun dijangka mampu meraih pelaburan RM6 juta hingga RM 7 juta, fasa kedua (enam hingga 10 tahun)  (RM64 juta) dan 11 hingga 21 tahun (RM131 juta).

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang membabitkan peruntukan RM80 juta di kawasan kira-kira 28.3 hektar itu mampu membuka peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 penduduk tempatan.

Katanya, kejayaan itu menjadi perintis untuk projek solar bagi kawasan Pantai Timur seterusnya  menarik minat pemaju tenaga solar baharu untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor itu.

"Pembangunan sistem solar berskala utiliti ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik di mana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pengendalian sistem penjanaan yang kompleks.

"Ini kerana pihak utiliti tidak perlu bergantung sepenuhnya terhadap sistem penjanaan yang konvensional seperti loji kuasa menggunakan bahan api gas dan minyak sebagai bahan bakar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Mega Walt di Resort World Awana Kijal, Kemaman, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Epic, Dato' Mohamed Awang Tera.

Ahmad Razif turut memberitahu, projek itu turut dilihat mampu memacu pertumbuhan ekonomi Terengganu dan penduduk.

"Inovasi dalam bidang ini bukan sahaja dapat diguna pakai oleh industri itu sendiri malah  membawa manfaat kepada kilang, bangunan komersial, pentadbiran dan perumahan penduduk," katanya.

No comments: