Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Projek Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong Buka 1,000 Peluang Pekerjaan


Projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman mampu membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada anak Terengganu.

Ahli Lembaga Pengarah Urusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata pihaknya sentiasa meneroka peluang agar dapat dimanfaatkan bersama-sama kerajaan negeri, terutama penduduk negeri ini.

Katanya, pada masa sama dapat membantu menambah lagi inisiatif tertentu khususnya dalam bidang perniagaan bersesuaian dengan kemajuan industri Terengganu.

“Langkah besar syarikat dalam memperkasakan perniagaan lain adalah berkaitan bidang kejuruteraan marin yang mana EPIC Berhad telah berjaya mengembangkan peluang perniagaan dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan kapal.

“Selain itu, Epic juga telah berjaya membuka lembaran dalam bidang kejuruteraan marin melibatkan perkhidmatan penyelenggaran pelantar gerudi yang sebelum ini di dominasi Syarikat Limbungan Keppel Corporation di Singapura,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Mega Walt di Resort World Awana Kijal, Kemaman, kelmarin..

    

No comments: