Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Jelajah Beautiful Terengganu Siri Keempat Di Utara Semenanjung


Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 selama tiga hari bermula hari ini di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang memasuki siri keempat sejak diperkenalkan untuk mempromosikan keunikan dan kepelbagaian tarikan di Terengganu.

Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata program tersebut merupakan kesinambungan daripada kejayaan jelajah sebelum ini yang diadakan di Kuala Lumpur pada 2015, Johor Bahru dan Singapura (2016).

Katanya, pemilihan lokasi pada kali ini amat bersesuaian memandangkan ianya merupakan lokasi tumpuan masyarakat setempat di Utara Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.


"Sebelum ini kita memberi tumpuan di sebelah  Wilayah Tengah dan Selatan Semenanjung iaitu di Kuala Lumpur serta Johor dan juga di Singapura.

"Jadi pada kali ini, kita melakukan promosi di Pulau Pinang bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Terengganu terutama dari Utara untuk mengenali negeri ini dengan lebih dekat," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Beautiful Terengganu 2017 di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.


Tengku Zaihan berkata, selain menjadi platform kepada Visit Beautiful Terengganu 2017, program jelajah itu juga akan meneruskan sinergi pencetus kesedaran baharu kepada transformasi pembangunan sosio-ekonomu negeri Terengganu.

Tambahnya, siri jelajah kali ini juga membawa sedikit kelainan kepada masyarakat di Utara Semenanjung.

"Pada kali ini, kita juga mempromosikan sub sektor pelancongan yang menjadi teras kepada pelancongan negeri iaitu eko pelancongan, agro pelancongan, pelancongan sukan, pelancongan pendidikan, pelancongan budaya dan pelancongan makanan.

"Ini juga secara tidak langsung akan merangsang kemasukan pelabur ke Negeri Terengganu agar kita lebih berdaya saing dalam meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Terengganu secara khususnya," katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 23 ruang pameran dibuka termasuk industri makanan dan asas tani, tekstil dan kraf, perkhidmatan pelancongan, produk spa dan kesihatan dan kecantikan serta banyak lagi.

No comments: