Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pisang Kejuk Dalila Jadi Tular


Dunia perniagaan berasaskan makanan turut mengalami evolusi dan inovasi pantas akibat kuasa media sosial masa kini.
Bagi Nur Dalila Farhana Yusof, 29, yang menjalankan perniagaan `Pisang Kejuk' bersama suaminya sejak dua tahun lalu, pengaruh media sosial seperti facebook dan whatsapp juga banyak membantunya untuk melariskan perniagaan dengan penularan promosi yang lebih cepat.
Katanya, pada permulaan perniagaan, dia hanya menjual di kedai terletak di perkarangan Flat Polis Padang Hiliran Kuala Terengganu sebelum meluaskan rangkaian bagi memenuhi permintaan ramai penggemar `pisang cheese' istimewanya itu dengan membuka lima cawangan baharu lagi.
"Alhamdulillah sekarang saya telah dapat membuka enam gerai, iaitu empat di Terengganu. Selain di Flat Polis Hiliran, Gudang Makan (Manir), Kedai Molek dan Sura Jeti di Dungun), manakala satu di Taman Daya Johor Bharu dan satu lagi di Lembah Sirih,Kota Bharu, Kelantan.
“Perniagaan kami bukan sahaja pelanggan datang dan ambil sendiri, bahkan kami meluaskan perkhidmatan menerusi perkhidmatan `COD' (Cash On Delivery), tetapi bukan setiap hari. COD pada hari yang tertentu sahaja,"katanya kepada Teganukita.
Menceritakan permulaan dia berjinak-jinak menceburi bidang itu,Dalila membantu ibunya seorang penjual goreng pisang sebelum tercetus idea untuk memvariasikan produk makanan itu supaya lebih menarik dan memberi kelainan kepada penggemar `dessert' dan kudapan petang di Terengganu.
Dia juga mengenakan harga berbeza setiap pilihan dan mengikut perisa yang diinginkan pelanggannya seperti keju coklat, coklat marshmallow, coklat bubble, pelangi dan keju susu.
"InsyaAllah, pada masa yang akan datang, saya akan membuka cawangan di seluruh negeri serta menambah lagi kepelbagaian perisa bagi memenuhi selera penggemar pisang cheese yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia,”katanya,

No comments: