Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Petronas Tanam 1,000 Pokok Paya Bakau Sepanjang Sungai Paka




Sebanyak 1,000 pokok paya bakau akan ditanam bermula semalam, sehingga akhir tahun ini dalam usaha memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menjaga kebersihan di Sungai Paka, Dungun. 

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Berhad, Kamal Baharin Ahmad berkata, pokok bakau berkenaan akan ditanam di sepanjang Sungai Paka bagi menyahut usaha sayangi sungai kita. 

"Kempen menanam pokok bakau ini merupakan salah satu aktiviti syarikat minyak gergasi nasional dalam menzahirkan komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar.

 "Untuk fasa pertama Petronas menanam sebanyak 300 pokok bakau di sepanjang Sungai Paka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai kempen menanam pokok bakau bersama 150 penduduk Kampung Pinang Merah sempena Program Sayangi Sungai Paka, semalam.

 Hadir sama Pengurus Besar Petronas Pantai Timur,  Wan Mohd Hasnan Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Shahidan Embok dan  Pengerusi Penasihat Alam Sekitar, Prof. Dr Ahmad Ismail. 

Kamal berkata, pokok bakau yang ditanam ini berfungsi untuk menjaga daratan atau tebing sungai daripada hakisan ekoran fenomena pasang surut serta gelombang air laut , selain 1,000 bebola lumpur turut dilontarkan ke Sungai Paka.


Selain itu, Petronas turut menjalankan pengambilan sampel air Sungai Paka yang bertujuan untuk memantau dan merekod kehidupan tumbuhan dan haiwan yang wujud di sekitar sungai itu.

No comments: