Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus `Luar Biasa'



Naib Presiden UMNO,  Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  mengakui Persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus hari ini boleh dianggap sebagai majlis  luar biasa dan lain daripada yang lain.

Katanya sambutan yang diberikan ini boleh diibaratka  sebagai satu "pakej" lengkap dan sangat istimewa baginya dan jarang dibuat pada persidangan perwakilan UMNO bahagian di tempat lain.

"Saya berharap majlis sama di Bahagian Kuala Terengganu petang ini mendapat sambutan yang sama atau lebih baik daripada Bahagian Kuala Nerus.

“Mengapa luar biasa, antaranya semua memakai pakaian sama warna iaitu biru dengan  pimpinan peringkat atasan,  selain perasmiannya  di dalam stadium, biasa hanya di dalam dewan sekolah majlis bandaran,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika mengakhiri ucapan pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu yang dihadiri lebih ahli UMNO termasuk daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Kuala Nerus.

Ahmad Zahid berkata, sambutan itu menggambarkan semangat gelombang biru masih kuat  di Terengganu  walau apa pun cabaran yang dihadapi UMNO hari ini.

“Oleh itu, suka saya  mengingatkan ahli  UMNO agar kekal berjuang dalam UMNO walau apa pun cabaran dan dugaan yang datang melanda.


"Zaman gerhana di Terengganu pernah kita lalui dan masih segar dalam ingatan, sebab itu bila kita berhimpun ketika ini, amat penting untuk kita kuatkan iltizam kita, semangat kita bahawa dalam apa jua keadaan, yang penting perjuangan UMNO pasti kita pertahankan,”katanya

No comments: