Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Perkeso Sebarkan Kepentingan Caruman Demi Kesejahteraan Sosial


Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terus menyebar luas peranannya sebagai satu organisasi yang prihatin bagi menyedarkan masyarakat kepentingan perlindungan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja di Malaysia.
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong berkata, inisiatif itu memberi ruang dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya mencarum Perkeso.
“Perkeso bukanlah suatu bebanan, tetapi ia sebenarnya membantu melindungi pekerja atau masyarakat yang hilang upaya sementara dan kekal, kematian ahli keluarga, terlibat dalam kemalangan dan sebagainya,"katanya ketika Perasmian Program Seranta Perkeso, di Wisma Perkeso Negeri Terengganu, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Perkeso Negeri Terengganu, Nora Yaacob dan Ketua Jabatan Perlesenan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur, Haryani Abdullah.
Mohd Zubir berkata, usaha seperti itu perlu diteruskan dari semasa ke semasa demi kerukunan masyarakat dan memberi kesedaran akan kepentingan menjaga keselamatan serta kebajikan pekerja dan juga tanggungan mereka.
“Kita juga cukup beruntung kerana Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pada 21 April lalu tentang perlindungan seumpama ini boleh dilakukan kepada pemandu teksi dan uber di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS).
“Saya menyeru kepada Perkeso, SPAD dan Persatuan Teksi, Uber serta Grab negeri ini bekerjasama dalam usaha untuk menggalakkan pemandu-pemandu yang terlibat agar berdaftar dengan PERKESO kerana banyak faedah-faedah yang disediakan dalam skim yang baharu ini,”katanya.
Sementara itu, Nora berkata, objektif utama program itu adalah untuk memberi kefahaman tentang faedah-faedah yang telah disediakan oleh PERKESO, menyampaikan pembaharuan yang telah dijalankan seperti iPERKESO, Skim Pemandu Teksi dan Skuad Prihatin.
Katanya, program itu juga bermatlamat untuk memberi peluang kepada majikan berkongsi pandangan dengan anggota Perkeso dan secara tidak langsung dapat meningkatkan hubungan dua hala antara Perkeso dengan pihak majikan.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong akan komitmen Perkeso dalam meningkatkan perkhidmatan serta memperkasakan perlindungan keselamatan sosial kepada warga pekerja agar kesejahteraan sosial pekerja dan orang tanggungan dapat diperluaskan,”katanya.


No comments: