Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji


Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini.


Mohamad Nordin Tahir,62, bersama isterinya, Zaharah Ibrahim, 52, akan berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada 11 Ogos ini.

Ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Penyerahan Pakej Haji kepada beliau dan isteri di Dewan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir hari ini, Mohamad Nordin melahirkan rasa syukur dengan ‘hadiah istimewa’ yang diterimanya dan menyifatkan itu semua adalah kerja Allah S.W.T Yang Maha Kaya dan Pemurah.

Apabila kita memberi sedikit sumbangan dan kita tidak pernah ingat pun akan sumbangan itu, nescaya pada satu masa walaupun berpuluh-puluh tahun, akan ada orang yang mencari kita dengan izin Allah S.W.T.

"Seperti tidak menyangka pun ada, tapi saya percaya pada konsep rezeki dan Allah telah murahkan rezeki saya hari ini,” ujarnya yang mengetahui perkhabaran gembira itu sebelum bulan puasa lalu.

Mengimbas kembali jasa mulia seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Seberang Takir (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri) pada waktu itu yang sanggup menyimpan 10 sen sehari daripada wang perbelanjaan sekolahnya demi mencukupkan jumlah RM1 untuk diderma kepada dana pembinaan UKM pada1968, universiti itu berjaya menjejaki wira tidak dicanang itu sejak April tahun lalu.
Berbekalkan  hanya sepotong keratan akhbar pada tahun 1960an dalam arkib UKM, misi mencari Mohamad Nordin yang dilancarkan berjaya membuahkan hasil apabila insan berjasa itu dapat ditemui.
Mohamad Nordin yang turut berucap di majlis tersebut terharu kerana pengorbanan kecil yang dilakukan beliau hampir seabad lalu akhirnya dihargai oleh UKM dan kerajaan negeri.



“Terima kasih kepada UKM kerana mencari dan masih mengingati saya walaupun bagi saya sumbangan yang diberikan suatu ketika dahulu tidaklah terlalu besar.
“Terima kasih juga kepada kerajaan negeri dengan penganjuran majlis ini yang memberikan peluang kepada saya untuk bertemu dengan penduduk di sini dan membolehkan saya memohon kemaafan dari mereka semua sebelum berangkat ke tanah suci,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali.

Bekas kakitangan Kilang Perwaja, Kemaman yang menetap di Kampung Air Lilih, Batu Enam, Kuala Nerus itu sudah mendaftar haji sebelum ini tetapi masih belum berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci sehinggalah UKM menggerakkan tabung dan mengumpul sumbangan bagi menghantar beliau bersama isteri untuk menunaikan ibadat haji sebagai menghargai jasanya.

No comments: