Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pemilik Premis Perniagaan Disaran Kibar Jalur Gemilang

Ahmad Razif (tengah) bersama pemimpin negeri mengibarkan Jalur Gemilang pada Program Negaraku Sehati Sejiwa dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim

 Pemilik premis perniagaan digalakkan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Negeri Terengganu di premis masing-masing sebagai usaha memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan di negeri ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh daerah telah diminta mengeluarkan arahan kepada premis perniagaan di kawasan masing-masing supaya mengibarkan sekurang-kurangnya dua bendera tersebut bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan.

“Hari ini bermulanya kempen mengibar Jalur Gemilang, kita telah mengarahkan PBT untuk meminta semua premis di setiap daerah masing-masing mengibarkan bendera Malaysia dan Negeri Terengganu sebagai tanda sokongan kepada hari kemerdekaan.

“Kita juga memberi galakan kepada semua Dewan Undangan Negeri untuk melaksanakan pertandingan yang menunjukkan kreativiti masing-masing sempena bulan kemerdekaan ini dan mengharapkan setiap rumah, premis, pejabat dan semua bangunan dan juga kampung-kampung dimeriahkan dengan kibaran jalur gemilang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Negaraku Sehati Sejiwa dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.


Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail serta Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Perayaan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Ahmad Razif berkata, dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara tidak langsung akan menimbulkan rasa cintakan negara dalam diri setiap masyarakat dan menyanjungi pengorbanan pemimpin terdahulu yang berjuang untuk memperoleh kemerdekaan bagi negara ini yang membolehkan kita hidup aman harmoni.


No comments: