Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pegawai Media Perlu Guna Saluran Efektif Tonjol Imej Pemimpin


Pegawai media di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen memainkan peranan sangat efektif dan berpengaruh bagi memberi imej positif kepada pemimpin setempat menerusi saluran media sosial masa kini.

Pegawai Media Strategik Komunikasi kepada Dato’ Din Adam, Nurul Izzatee Md. Yusoff berkata, media massa `online' pada masa kini memberi impak cukup besar kepada masyarakat dan sepatutnya dijadikan sebagai platform utama oleh kumpulan pegawai media dengan bantuan pengendali teknologi maklumat masing-masing bagi menonjolkan pemimpin kawasan masing-masing, apatah lagi menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

"Unit media di setiap kawasan perlu memperkukuhkan  peranan dan tanggungjawab mereka agar dapat menjadi perantara antara pemimpin dan  masyarakat secara langsung.

"Ini kerana, media merupakan satu kelompok yang utama dalam menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan ahli politik, kerajaan dan sebagainya, bergantung kepada kaedah dan cara penyampaian maklumat berkenaan,”katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat di Bengkel Penanda Aras kepada Pegawai-Pegawai Media Yang Berhormat, Pegawai Pembangunan Parlimen dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permai Hotel, hari ini.

Program sehari anjuran Unit Komunikasi Terengganu (UKOM) yang turut menampilkan tiga fasilitator lain termasuk Ketua Biro NSTP, Rosli Zakaria; Ketua Biro Bernama, Zalina Maizan Engah dan Presiden Kelab Media Wartawan Terengganu, Ayob Mamat.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir.


Nurul Izzatee yang menyampaikan pembentangan mengenai  Peranan Pegawai Media, Fungsi dan Tanggungjawab dalam bengkel tersebut, berkata program itu berupaya memperkukuhkan kedudukan dan pengaruh pemimpin, selain menyelesaikan pelbagai isu berkaitan setempat dengan lebih efektif dan menepati sasaran dalam musim pilihan raya tidak lama lagi.

Selain itu, beliau yang juga mantan Pegawai Media Kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, program itu juga antara lain dapat mengeratkan hubungan antara media-media di DUN dan juga Parlimen untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta berkongsi maklumat sebagai rakan strategik.

No comments: