Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Paragliding Sempena Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Pada 12 Hingga 13 Ogos Ini



Program Terengganu Merdeka Paragliding diadakan sempena program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 bagi kempen kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Kota Putera Paragliding Park, Bukit Bubus Tembila, Besut, pada 12 dan 13 0gos ini.

Acara yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan 48 orang 'pilot' paragliding yang akan membawa Jalur Gemilang terbang dengan ketinggian 400 sehingga 500 kaki dari paras laut.
Destinasi riadah itu menjadi lokasi pilihan kerana pemandangan yang menarik dan strategik bagi menjalankan aktiviti ekstrim tersebut.

Menurut jurucakap, dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan aktiviti sukan lasak itu sebagai satu daripada produk pelancongan menarik dan unik yang terbaru di Terengganu.

Katanya, ia juga dapat menarik lebih ramai penglibatan golongan belia dalam bidang sukan paragliding dan membantu pihak Persekutuan Sukan Udara (MSAF) mencari bakat baru untuk diketengahkan mewakili Malaysia ke acara bertaraf dunia.

Menurutnya, program ini merupakan anjuran Unit Belia Dan Sukan Negeri Terengganu di bawah Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Sumber Manusia Negeri, Dato Rozi Mamat, dengan kerjasama Unit Korporat Setiausaha Kerajaan, Kelab Sukan Udara Bukit Baru, Kelab Luncur Angin Besut, Kelab Luncur Udara Jerai dan MSAF yang dipengerusikan oleh Kaptain Mohd Arif Ibrahim.

"Orang ramai juga dijemput hadir ke program tersebut bagi memeriahkan dan menyaksikan acara sukan paragliding yang pertama kalinya diadakan di sana,"katanya.

No comments: