Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MB Rasmi Akademi TDM Dan Pusat Timbang Komuniti Setiu


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat TDM Berhad, Akademi TDM adalah penjenamaan semula dalam era transformasi yang di bawa oleh pentadbiran baru di bawah naungan Dato’ Mohamat Muda, Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad.

“Perlaksanaan Akademi TDM adalah satu komitmen TDM dalam menyediakan pusat latihan, khususnya kepada warga TDM dan juga amnya kepada syarikat-syarikat perladangan dan pekebun-pekebun kecil di Terengganu mahupun pantai timur,” ujarnya.

Katanya, TDM turut mewujudkan Pusat Timbang Komuniti dalam usaha membantu kerajaan meringankan masalah rakyat dan kini memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil di sekitar Sungai Tong.

“Penduduk sekitar Sungai Tong tidak perlu lagi menjual hasil tanaman masing-masing kepada orang lain atau membawanya untuk timbangan yang jauh dari kawasan mereka,” ujarnya.

No comments: