Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Maidam beri khidmat peguam percuma kepada asnaf


Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada golongan asnaf di negeri ini sebelum akhir tahun.

Yang Dipertua Maidam, Dato’  Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata ia adalah hasil kerjasama strategik Maidam, Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan perkhidmatan berkenaan.

"Hasil perbincangan awal ini, Maidam akan membiayai kos guaman golongan asnaf itu, namun peguam syarie juga bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran itu.

"Ia sebagai khidmat sosial peguam syarie untuk bersama-sama membantu meringankan beban kewangan golongan asnaf terbabit dan menyelesaikan proses pendakwaan di mahkamah secepat mungkin," katanya.

Setakat akhir jun lalu Maidam membelanjakan RM1.9 juta untuk keperluan golongan mualaf di Terengganu termasuk pembayaran bil hospital, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain.

Beliau berkata ketika ini, khidmat guaman percuma ada disediakan oleh Biro Bantuan Guaman, namun kes mahkamah semakin lama semakin bertambah dan pihaknya mengambil inisiatif ini untuk membantu mempercepatkan proses di mahkamah syariah pula.

"Keutamaan akan diberi kepada golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk membayar khidmat guaman untuk proses perceraian mereka yang jumlahnya melebihi RM1,000 dan ke atas (bergantung kepada kes),”katanya.


No comments: